Taman Rahsia Putrajaya: Taman Malam Baharu Di Putrajaya Sesuai Untuk Bersiar-siar Bersama Keluarga






Putrajaya bukan hanya sebuah pusat pentadbiran persekutuan Malaysia, malah terdapat banyak tarikan yang menarik tersembunyi di sini – termasuk tarikan baharu yang digelar Taman Rahsia Putrajaya atau Putrajaya Secret Garden.

Taman Rahsia Putrajaya yang terletak berdekatan Hotel Pulse Grande kini dibuka kepada orang ramai. Dengan pembukaan taman ini ternyata menambahkan lagi kemeriahan pemandangan di malam hari. Taman ini diwarnai dengan rangkaian lampu lampu neon yang cukup menarik susun aturnya. Setiap pokok dan tiang dililit serta dihiasi dengan lampu neon yang berwarna warni persis filem blockbuster, Avatar. Tarikan ini pasti membuatkan pengunjung terpesona dengan pemandangan dan keindahan disetiap sudut taman dimana lampu neon berkerdipan.

Pengunjung boleh bersiar-siar melalui laluan bercahaya yang disediakan, dan merakam gambar yang indah di sepanjang jalan di setiap sudut taman yang merupakan insta-worthy.

Apa yang menarik tentang Taman Rahsia Putrajaya, pengunjung tidak perlu membayar caj untuk masuk ke taman ini malah tempat letak kereta juga ada disediakan secara percuma! Taman ini sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur, tua atau muda. Bukan itu saja, penggunaan stroller dan kerusi roda boleh juga digunakan ketika melawati taman ini.

Jadi apa tunggu lagi, sekiranya anda sedang mencari tempat untuk bersiar-siar pada waktu malam (sama ada berjalan-jalan selepas makan malam bersama rakan atau keluarga), bolehlah pertimbangkan untuk datang ke Taman Rahsia Putrajaya ini, pastinya tidak mengecewakan!