GPPAC19: Pengiktirafan Pensijilan GPPAC19 Suntik Semangat Baru


Definisi perkataan ‘Hub’ adalah sebuah pusat aktiviti bagi wilayah ataupun rangkaian. Gunung Hub pula adalah sebuah syarikat yang bermatlamat menjadi Hub kepada adventure seekers atau pencari pengembaraan.

Mereka juga bersasar untuk menawarkan kegiatan luar ruang atau outdoor activities yang boleh dibuat oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja orang muda.

Oleh itu, mereka pastikan pakej-pakej yang ditawar bukan sahaja aktiviti extreme atau lasak malah ada juga aktiviti ‘bersantai’. 

Gunung Hub juga berkongsi pelbagai petua, tip dan teknik kepada pelawat untuk mengelak ditipu semasa mencari aktiviti kembaraan, pengendalian peralatan dan juga penyertaan aktiviti luar atau outdoor dengan selamat bersama certified guide yakni jurupandu bertauliah.

Tetapi sejak pandemik COVID-19, kegiatan Gunung Hub terpaksa diubah atau diolah semula untuk kekal relevan kepada pengunjung. Perubahan kegiatan mereka dikongsi melalui laman media social.

Muhammad Ezmir Shafiq selaku Pengurus Operasi Gunung Hub menyatakan bahawa “Untuk kekal relevan bersama klien, kami kerap membuat live sharing session atau kongsian langsung atas talian terutamanya di Instagram dan kami juga menjual merchandise yakni barangan seperti baju dan pelitup berjenama Gunung Hub”.

Sebagai salah-satu peserta dan penerima persijilan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx), Gunung Hub juga ditawarkan untuk menyertai program baru yang dikendalikan oleh Tourism Productivity Nexus (TPN) dan disokong oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu Program Garis Panduan Patuh dan Amal COVID-19 (GPPAC19).

“Mula-mula semasa kami mendapat tahu program GPPAC19 ini, kami berasa renyah. Apa sebenarnya tujuan program tersebut? Tetapi setelah difikirkan balik, inisiatif ini memang bagus membantu outdoor operators seperti kami.”

Ia membantu meningkatkan keyakinan klien lama dan baru”.

Dengan itu, Gunung Hub membuat kajian Standard Operating Procedure (SOP) dengan lebih teliti, terutamanya dengan Jabatan Hutan kerana majoriti aktiviti mereka adalah pendakian gunung.

Produktiviti Gunung Hub juga telah meningkat terutamanya dari segi pengurusan syarikat. Shafiq berkata maklumat kesihatan peserta akan diambil dan dicatat di dalam Google Sheet, terutama peserta yang ingin sertai pelbagai program dan peserta yang mungkin ada isu kesihatan. Mereka memanfaatkan Google Sheet kerana ia sebuah aplikasi dalam talian yang mudah diakses dimana-mana sahaja.

Selain daripada itu, Gunung Hub juga akan membuat kajian dua atau tiga bulan sebelum program pendakian mereka bermula.

“Kami akan sentiasa berkomunikasi dengan Jabatan Hutan untuk memastikan gunung-gunung yang kami hendak mendaki terbuka kepada pelawat. Kami juga akan sentiasa mengkaji the do’s and don’t’s bagi gunung tersebut”.

Modus operandi terbaru Gunung Hub ketika program pendakian adalah seperti berikut:

  1. Bas pelancong yang diguna untuk program akan disanitasi sebelum dan selepas program pendakian.
  2. Untuk pastikan semua peserta dalam keadaan sihat, pre-assessment yakni pra-penilaian akan dibuat dua atau tiga hari sebelum program bermula. Jika peserta disahkan sihat, Gunung Hub akan membenarkan mereka untuk sertai program pendakian.
  3. Sebelum menaiki bas, peserta harus patuhi SOP yang asas seperti memeriksa suhu dan sentiasa memakai pelitup muka sepanjang perjalanan di dalam bas.
  4. Gunung Hub juga akan sentiasa mengingatkan para peserta untuk mematuhi penjarakan fizikal ketika berhenti di kawasan Rehat & Rawat (RnR).

Shafiq turut menyatakan bahawa penggunaan bas pelancong itu lebih mudah untuk mengurus lokasi-lokasi di mana mereka berhenti sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi yang dituju kerana semua peserta kekal bersama, berbanding kalau pergi dengan kendaraan berasingan.

Sejak pensijilan GPPAC19, ramai klien Gunung Hub yang lama mencari mereka sebagai operator, jadi keyakinan klien bertambah kerana mereka berasa selamat dengan cara Gunung Hub menyelia operasi pendakian.

Sebagai penggiat industri, Shafiq menekankan ia memberi semangat baharu kepada team Gunung Hub sejak mendapat pensijilan GPPAC19 kerana ia adalah perkara value added atau tambah nilai kepada syarikat mereka.